Saturday 28 July 2012

sejarah


Pemerintahan dan Pentadbiran Tamadun Cina
1. Sistem feudal bertukar kepada pentadbiran pusat kerana perluasan kuasa empayar Dinasti Chin.
2. Konsep raja menjadi maharaja.
3. Maharaja membentuk birokrasi awam dan melantik pegawai dikalangan rakyat. Perlantikan dibuat oleh jawatankuasa perhikmatan awam berasaskan peperiksaan awam. Sistem ini diwujudkan oleh Dinasti Han, tokoh pentingnya ialah Shih Huang Ti.

Perundangan Tamadun Cina
1. Dua prinsip utama – hukuman berat dan bercorak kolektif.
2. Undang – undang berasaskan falsafah Legalisme yang digubal dan diperkenalkan olek Han Fei Tzu yang menyatakan undang – undang tegas dapat mengawal tingkahlaku manusai.
3. Undang – undang tiada belas kasihan dan penguatkuasaannya perlu dipelihara.
4. Sebaliknya ajaran Confucius menekankan raja berpekerti baik dan menjaga keharmonian





Perluasan Kuasa Tamadun Cina
1. Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
2. Beliau memerintah secara automatik ( tegas dan mutlak ).
3. Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah.
4. Beliaumembina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar.
5. Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han ) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim, Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun dan Turkistan dan keamanan China diwujudkan.
Peningkatan Ekonomi Tamadun Cina
1. Kemajuan pertanian menambah hasil petani seperti kolar kuda menarik tenggala untuk membuat batas, penyisir tanah , tanaman bergilir, teres bukit dan terusan.
2. Perusahaan tembikar, logam, sutera (zaman Dinasti Han) – didagang ke alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat.
3. Mula – mula melalui Jalan Sutera (darat), kemudian Jalan Laut (Dinasti Tang).
4. Di China muncul persatuan perdagangan yang melahirkan ramai golongan pertengahan kesan perdagangan dalam negeri, ia turut memajukan pengangkutan di China seperti jalan raya, jambatan, kereta kuda dan kereta lembu.


Pendidikan Tamadun Cina
1. Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam.
2. Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi.
3. Peringkat rendah – mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci.
4. Peringkat menengah – menumpukan karangan dan sastera.
5. Peringkat tinggi – menterjemah buku suci.
6. Peperiksaan awam 3 tahap – Hsiu Tai (ijazah pertama), Chun – Jen (sarjana) dan Chin Shih (doctor falsafah).
7. Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota empayar (di istana / di hadapan Maharaja).
8. Peluang kerjaya – menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi pendidik.
9. Waktu peperiksaan – tahap 1(3 tahun 2 kali), tahap 2 dan 3 (3 tahun I kali).





Falsafah Tamadun Cina
1. Falsafah China menekan hubungan manusia dengan manusia. Sumber utama – Confucianisme, Taoisme, Mo Tzu, tetapi Mo Tzu (Mencius) menolak Confucianisme.
2. Mo Tzu menekankan hubungan manusia dengan alam sekitar.
3. Falsafah Legalisme pula berasaskan fahaman.Hanya undang – undang akan memberi nilai baik.


Sains dan Teknologi Tamadun Cina
1. China menganggap astronomi ialah ilmu sains negara.
2. Ilmu perubatan – berkaitan konsep Yin Yang (keseimbangan membolehkan manusia sihat).
Seni Bina Tamadun Cina
1. Tembok Besar China – kubu pertahanan sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking.
2. Bandar purba tembok batu – Changan, anyang, Peking.
3. Mereka turut menggunakan tanah liat, batu – bata, pintu gerbang, parit besar, menara.
4. Kota Larangan – istana maharaja yang banyak dewan. (balai penghadapan, temapt hukuman, keraian) dan taman.
5. Kuil dan Pagoda – temapt tinggal, ruang tamu, pemujaan.

Bahasa dan Kesusasteraan Tamadun Cina
1. Wujud dialek – Mandarin, Wu, Hakka, Kantonis.
2. Ssu – ma Chien mencipta karya sastera prosa „?Shih Chi??
3. Tokoh puisi – Tu Fu, Li Po (semasa Dinasti Tang).
4. Ketika Dinasti Han – terpelajar perlu mampu bersajak.

Sistem Sosial Tamadun Cina
1. Terbahagi 3 kelas utama – atasan (pentadbir seperti maharaja dan keluarganya, bangsawan dan sida – sida ), rakyat bawahan (petani, artisan), dan hamba.Kumpulan dua dan tiga ialah kumpulan sokongan.
2. Confiucius membahagikan 4kelas – teratas (sarjana/pegawai), ke-2(petani), ke-3(tukang), terbawah(pedagang).
3. Setiap individu boleh bertukar kelas.
Sumbangan Tamadun Cina Kepada Dunia Hari Ini
1. Confucianisme dan Taoisme menjadi amalan hingga kini.
2. Tembok Besar China menjadi sumber pelancongan.
3. Mewariskan teknologi kertas dan tembikar.
4. Sistem peperiksaan awam diteruskan dan diubahsuia.

Kemunculan Agama dan Ajaran Utama Dunia Daripada Tamadun Cina
Confucianisme.
1. Diasaskan oleh Confucius yang lahir di Lu.
2. Beliau menjadi pegawai kerajaan di Lu, tetapi meletakkan jawatan – mengembara menyebar idea kepada orang China.
3. Beliau di sembah sebagai salah satu dewa orang China.
4. Ajarannya menekankan prinsip moral tinggi yang didapati daripada pendidikan seperti perimanusiaan (ren), kesusilaan (li), taat ibubapa (xiao).
Taoisme.
1. Pengasasnya Lao Tze yang lahir di Chu.
2. Bekerja di Chou kemudian mengembara menyebar idea.
3. Bukunya Tao Te Ching – mengandungi falsafah Taoisme.
4. Ajarannya seperti konsep Tao (jalan) – setiap tindakan ditentukan oleh Tao, maka manusia tidak boleh bertindak terhadap apa- apa yang berlaku pada alam (wu – wei ), jika bertindak manusia akan merosakkan dunia.

pengenalan


TAMADUN CINA

Asal-usul Tamadaun Cina
1.      Tamadun cina bermula di Lembah Huanghe di utara China dan Lembah Yangzijiang di selatan China.
2.      Berdasarkan bukti penemuan arkeologi, kebudayaan awal ini disebut Yaangshao.
3.      Ini berdasarkan nama tinggalan kampung jenis tradisi kebudayaan yang terletak di Yangshao
4.      di wilayah Shaanxi.
5.      Selama lebih kurang 5,000 tahun lamanya iaitu sejak kurun  ke-6 s.m telah diganti secara beransur-ansur oleh kebudayaan Longshan.
6.      Kebudayaan Longshan dikatakan lebih maju berbanding kebudayaan Yangshao.
7.      Diberikan nama berdasarkan penemuan tapak arkeologi di Longshan di wilayah Shandung.
8.      . Empayar pertama ialah Dinasti Chin.
9.      . Maharaja Shih Huang Ti memperluaskan empayar hingga ke Sg. Merah di Vietnam.
1.  Jajahan yang luas disatukan di bawah pentadbiran pusat.